HOW IT ALL BEGAN

Saya mengajar Kelas Automotif DVM pada tahun 2018. Waktu itu saya ajar mereka ENGLISH FOR COMMUNICATION. Entah macam mana tiba-tiba topik perbualan kami tertumpu kepada penghasilan video pendek. Mungkin sebab mereka sudah tengok persembahan senior-senior auntomotif mereka pada tahun 2017 dan mahu membuat kenangan untuk 2018. So, saya cadangkan mereka buat filem pendek 5 minit yang berkisarkan fight-fight ala-ala KL Gangster.

Pada permulaannya, sedikit sahaja yang mahu menjayakan filem pendek itu. Kemudian, Puan Joyce None yang merupakan Penyelaras TMC (Kelab Teater & Muzikal) Kolej Vokasional Kudat mahu berkolaborasi dengan pelajar-pelajar automotif saya untuk sama-sama menjayakan filem pendek tersebut. Dan filem pendek yang sepatutnya 5 minit itu bertransformasi menjadi lebih panjang. Dengan kolaborasi TMC, maka saya dan Puan Joyce terpaksalah menambah KRU MEMBER atau pelakon-pelakon tambahan untuk memanjangkan cerita.

Masa itu, video pendek itu belum ada tajuk. Kami cuma cakap lakonan waktu rekrut pelakon baru. Saya sebenarnya tidak ada skrip untuk digunakan. Atau lebih tepat lagi, I don't like writing scripts. Biasanya saya brainstorm idea scenes dan jalan cerita dari imaginasi sahaja. Dan boleh dikatakan stail sebegitu adalah sesuatu yang tidak baik bagi pengarah filem.

Idea yang saya gunakan kebanyakannya datang dari filem CROWS ZERO dan RUROUNI KENSHIN. Watak utamanya iaitu DALE WILLIAM, juga mendapat inspirasi daripada RUROUNI KENSHIN di mana RUROUNI KENSHIN adalah hero cerita yang bodoh dan kelihatan lemah tetapi sebenarnya menyembunyikan identiti sebenarnya.

Selepas semua pelakon berjaya direkrut barulah projek Mini Filem itu diberikan tajuk official iaitu "DRAGON OF KUDAT". Kenapa "DRAGONS OF KUDAT"? Dragon itu merujuk kepada para pelajar Kolej Vokasional Kudat yang sanggup mencuba bakat berlakon walaupun tidak ada latihan atau pengalaman--dan proses shooting memang betul-betul tiada latihan dan persediaan, macam TOUCH & GO. Kudat pula merujuk kepada Kolej Vokasional Kudat atau daerah di mana Mini Filem ini dihasilkan.

Proses penggambaran hanya menggunakan Handphone SAMSUNG GALAXY S7 EDGE milik saya sendiri dan kostum adalah daripada pakaian milik saya sendiri dan juga milik para pelakon. Budget penghasilan Mini Filem hanyalah RM200 itu pun saya dan Puan Joyce patak-patak saja. Penggambaran dilakukan di kawasan premis kolej sahaja dan juga di Pusat Perubatan Desa UMS yang kebetulan berdekatan dengan Kolej Vokasional Kudat.

Penggambaran mengambil masa selama dua bulan bermula daripada Ogos 2018 sehingga September 2018. Editing Process dilaksanakan pada bulan September dan telah ditayangkan di Koleh Vokasional Kudat sewaktu Program Malam Apresiasi Asrama Kolej Vokasional Kudat.


Comments