HOW IT ALL BEGAN
Saya mengajar Kelas Automotif DVM pada tahun 2018. Waktu itu saya ajar mereka ENGLISH FOR COMMUNICATION. Entah macam mana tiba-tiba topik perbualan kami tertumpu kepada penghasilan video pendek. Mungkin sebab mereka sudah tengok persembahan senior-senior auntomotif mereka pada tahun 2017 dan mahu membuat kenangan untuk 2018. So, saya cadangkan mereka buat filem pendek 5 minit yang berkisarkan fight-fight ala-ala KL Gangster. Pada permulaannya, sedikit sahaja yang mahu menjayakan filem pendek itu. Kemudian, Puan Joyce None yang merupakan Penyelaras TMC (Kelab Teater & Muzikal) Kolej Vokasional Kudat mahu berkolaborasi dengan pelajar-pelajar automotif saya untuk sama-sama menjayakan filem pendek tersebut. Dan filem pendek yang sepatutnya 5 minit itu bertransformasi menjadi lebih panjang. Dengan kolaborasi TMC, maka saya dan Puan Joyce terpaksalah menambah KRU MEMBER atau pelakon-pelakon tambahan untuk memanjangkan cerita. Masa itu, video pendek itu belum ada tajuk. Kami cuma cakap la...